Ahad, 20 March 2016 | 2:09pm

Kerajaan kesan pelarian tipu kad UNHCR

gn4id:12613144

JITRA: Kerajaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam mengenal pasti keaslian kad yang dipegang pelarian memasuki negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata pihaknya akan mencadangkan supaya UNHCR menaik taraf kad dikeluarkan supaya tidak mudah dipalsukan.

"Kita mahu memastikan tiada pihak menipu dan mengambil kesempatan untuk masuk ke negara ini. Ia juga juga menjurus kepada cadangan UNHCR menaik taraf kad digunakan supaya tidak muda dipalsukan," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 Jabatan Penjara Malaysia zon utara I di Auditorium Aminuddin Baki di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan wujud unsur penipuan terhadap pengeluaran kad UNHCR yang digunakan ramai pelarian luar negara di Malaysia.

Ia turut membabitkan warga asing terutama dari Bangladesh yang menyamar sebagai pelarian Rohingya untuk mendiami negara ini sebagai pemegang kad UNHCR.

Berita Harian X