X
Isnin, 29 Februari 2016 | 5:04pm

Abdullah Badawi lancar buku Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tiba pada majlis pelancaran buku 'Najib Razak Berjiwa Besar -Empat Dekat Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976 - Kini)' di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri pelancaran buku 'Najib Razak Berjiwa Besar -Empat Dekat Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976 - Kini)' di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Buku tulisan Prof Datuk Seri Dr Khairil Annas Jusoh dan Dr Sabri Mohammad Sharif itu diterbitkan Yayasan Penyelidikan Transformasi (FORT).

Najib turut mendeklamasi coretan empat dekad.

Sementara itu, Abdullah dalam ucapan pelancaran berkata, Najib mempunyai peluang untuk mencorakkan masa depan negara sebagai legasi kerjayanya.

Beliau yakin Najib akan terus memberikan yang terbaik untuk negara.

"Ketika cabaran menggunung, renung sedalam-dalamnya ke hati sanubari untuk mencari idealisme dan visi yang membuatkan Najib memilih politik daripada puluhan pilihan yang ada.

"Buatlah perkara yang betul bukan hanya untuk menyambung legasi kepimpinan Tun Abdul Razak tetapi untuk mencorak masa depan Malaysia melangkaui dekad ini," katanya.

Berita Harian X