Rabu, 20 Januari 2016 | 7:18am

Amaran ribut petir

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) tengah malam tadi memberi amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian di Johor akan berterusan hingga awal pagi ini.

Jabatan itu menerusi laman web yang dikemas kini pada jam 12.06 tengah malam meramalkan keadaan sama berlaku di Bahagian Sarikei (Daerah Pakan dan Sarikei), Betong, Sri Aman dan Samarahan (Daerah Asa Jaya, Samarahan dan Simunjan) di Sarawak.

Bagaimanapun, tiada sistem Siklon Tropika dicerap dalam kawasan pemantauan METMalaysia di latitud 0-20 Utara dan longitud 95-130 Timur.

Berita Harian X