Ahad, 10 Januari 2016 | 11:46am

Pameran Hartanah MyRumah terus dapat sambutan

ANDAMAN Group memberikan potongan harga kepada pembeli Bumiputra pada Pameran Hartanah MyRumah yang julung kali dianjurkan The New Straits Times Press (M) Bhd di Balai Berita. - Foto Surianie Mohd Hanif
ANDAMAN Group memberikan potongan harga kepada pembeli Bumiputra pada Pameran Hartanah MyRumah yang julung kali dianjurkan The New Straits Times Press (M) Bhd di Balai Berita. - Foto Surianie Mohd Hanif

KUALA LUMPUR: Pameran Hartanah MyRumah anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) terus mendapat sambutan pengunjung pada hari terakhir, hari ini.

Mulai jam 10.30 pagi ini, pengunjung bersama rakan serta keluarga mula memenuhi ruang pameran di Balai Berita Bangsar.

Pengunjung juga digalakkan menyertai forum yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman dalam bidang hartanah.

Pameran MyRumah yang bermula Jumaat lalu, menawarkan 5,000 unit rumah mampu milik daripada 10 pemaju hartanah terkemuka tempatan.

Antara pemaju hartanah yang menyertai pameran ialah UMLand, UDA Holdings Bhd, Glomac Bhd dan D'Sara Sentral.

Harga kediaman yang ditawarkan sekitar RM500,000, turut menarik minat pengunjung terutama generasi muda untuk membeli sebagai rumah pertama mereka.

Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti 50 jam tangan Ice-Watch, 10 kad hadiah IKEA bernilai RM1,000, dan dua tiket penerbangan ke Gold Coast, Australia sebagai hadiah cabutan bertuah utama.

Pameran akan berakhir jam 6 petang ini. Selain masuk adalah percuma, penganjur turut menyediakan tempat letak kenderaan.

Berita Harian X