Sabtu, 5 Disember 2015 | 10:31pm

Sasterawan diseru hasilkan karya futuristik - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada majlis perasmian Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 6 (PULARA 6), Pulau pangkor, malam ini. - Foto Muhaizan Yahya
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada majlis perasmian Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 6 (PULARA 6), Pulau pangkor, malam ini. - Foto Muhaizan Yahya

PULAU PANGKOR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru sasterawan dan seniman menghasilkan karya bersifat futuristik tetapi dalam masa sama tidak melupakan masa lampau.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan hasil seni itu sentiasa relevan sepanjang zaman dan menarik minat generasi Y untuk terus mencintai hasil sastera dan seni.

"Golongan sasterawan dan seniman jangan hanya terkongkong dengan hasil seni sahaja tetapi harus berpijak di bumi nyata," katanya ketika merasmikan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 6 (PULARA 6), di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan empat buku iaitu Burung-burung di Lembah Tempurung, Warkah Daripada Sahabat, Buah-buahan Nadir Negeri Perak dan Antologi Puisi Pangkor 5.

Ahmad Zahid juga berkata, penganjuran PULARA, yang masuk tahun keenam tahun ini berjaya memperkenalkan Pulau Pangkor dalam kalangan pencinta sastera, seni dan lagu rakyat.

Pada majlis itu, beliau juga menyampaikan persetujuan Kerajaan Pusat bersetuju untuk membantu Kerajaan Perak menanggung kos penganjuran program itu pada masa akan datang, sekurang-kurangnya separuh daripada perbelanjaan keseluruhan.

Berita Harian X