Khamis, 19 November 2015 | 12:10pm

920 kanak-kanak 4 tahun terima sijil hafazan

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.
PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

KUALA TERENGGANU: Seramai 920 kanak-kanak berusia empat tahun daripada Pusat Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) berjaya menghafaz 23 surah lazim tahun ini.

Semua kanak-kanak terbabit menerima sijil Hafazan Muqaddam daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, di sini, sebentar tadi.

Turut hadir Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Dalam ucapannya, Muhammad Pehimi berkata kurikulum Permata bersepadu di 64 Taska Permata bertujuan menggilap dan meningkatkan potensi diri anak-anak untuk menjadi soleh dan pintar yang cemerlang pada masa akan datang.

Berita Harian X