Rabu, 4 November 2015 | 12:00pm

PKS perlu bina daya tahan dalam landskap globalisasi

AHMAD Zahid menyampaikan ucapan pada Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-11 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
AHMAD Zahid menyampaikan ucapan pada Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-11 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ASEAN perlu bina daya tahan sendiri untuk bertahan dalam landskap ekonomi dan perniagaan hari ini yang saling berhubungan dan sangat globalisasi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata PKS perlu menggunakan langkah pengantarabangsaan ketika membina daya tahan yang akan membuka lebih banyak peluang kepada sumber, pelaburan, inovasi dan kepelbagaian.

"Penyelidik mencadangkan bahawa pengantarabangsaan PKS cenderung mengemukakan laporan mengenai pertumbuhan pulangan dan pekerjaan yang sangat tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Pavilion Perniagaan Forum Ekonomi Islam Global (WIEF), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam.

Ahmad Zahid turut mencadangkan supaya PKS membangunkan jaringan perkongsian perniagaan global komprehensif bagi memacu proses pengantarabangsaan.

Berita Harian X