Rabu, 21 Oktober 2015 | 3:43pm

Persekolahan sesi petang di Pulau Pinang ditutup hari ini

PEMANDANGAN sekitar bandaraya Georgetown kelihatan kabur disebabkan jerebu pada tahap tidak sihat dicatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini. IPU setakat jam 9 pagi mencatatkan USM (143), Seberang Jaya (142) dan Perai (120). - Foto Danial Saad

BUTTERWORTH: Persekolahan sesi petang di negeri ini ditutup hari ini, berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di Pulau Pinang.

Pengarah Pendidikan negeri, Shaari Osman, berkata arahan penutupan itu sudah dimaklumkan kepada pihak sekolah selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 dicatatkan di negeri ini terutama menjelang petang.

"Kita terpaksa menutup sekolah sesi petang di Pulau Pinang berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk dengan mencatat bacaan IPU tidak sihat.

"Bagaimanapun, kita akan menunggu arahan Kementerian Pendidikan bagi sesi persekolahan esok," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri juga akan memantau bacaan IPU di negeri ini dari semasa ke semasa bagi memberi laporan kepada kementerian.

"Justeru, kita akan menunggu arahan lanjut daripada kementerian sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

Berita Harian X