Jumaat, 16 Oktober 2015 | 11:27am

Angin kencang, laut bergelora dijangka berterusan sehingga Selasa

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, angin kencang pada kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Sementara itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter juga dijangka berlaku dalam tempoh sama di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Labuan dan Sulu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil. - BERNAMA

Berita Harian X