Isnin, 14 September 2015 | 1:22pm
SEORANG pelancong yang berbasikal mengenakan topeng penutup hidup dan mulut kerana jerebu yang dirakamkan di Persiaran Gurney, Pulau Pinang. - Foto Danial Saad
SEORANG pelancong yang berbasikal mengenakan topeng penutup hidup dan mulut kerana jerebu yang dirakamkan di Persiaran Gurney, Pulau Pinang. - Foto Danial Saad
PEMANDANGAN sekitar bandar raya Georgetown yang kabur disebabkan jerebu. - Foto Danial Saad
PEMANDANGAN sekitar bandar raya Georgetown yang kabur disebabkan jerebu. - Foto Danial Saad

Jerebu di Pulau Pinang semakin buruk

PEMANDANGAN sekitar bandar raya Georgetown yang kabur disebabkan jerebu. - Foto Danial Saad
PEMANDANGAN sekitar bandar raya Georgetown yang kabur disebabkan jerebu. - Foto Danial Saad

PENUNGGANG motosikal mengenakan topeng penutup hidup dan mulut kerana jerebu yang dirakamkan di Persiaran Gurney, Pulau Pinang. - Foto Danial Saad
PENUNGGANG motosikal mengenakan topeng penutup hidup dan mulut kerana jerebu yang dirakamkan di Persiaran Gurney, Pulau Pinang. - Foto Danial Saad

GEORGETOWN: Keadaan jerebu di Pulau Pinang semakin buruk apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua kawasan di negeri ini mencatat bacaan tidak sihat, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Bacaan IPU tidak sihat dicatatkan di Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu 120 dan Seberang Jaya II (116). Bagaimanapun, di Perai masih mencatatkan bacaan sederhana, iaitu 96.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Nor Hayati Yahaya, berkata bacaan IPU tidak sihat di negeri ini mula dicatatkan sejak jam 7 pagi tadi.

"Kemerosotan kualiti udara ini masih berpunca daripada bilangan lokaliti panas pembakaran terbuka di Indonesia yang menyebabkan pencemaran merentasi sempadan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Tinjauan BH di sekitar Georgetown turut mendapati orang ramai sudah mula memakai topeng muka bagi mengelakkan daripada terdedah kepada kualiti udara tidak sihat.

Berita Harian X