Jumaat, 11 September 2015 | 10:43am

Perniagaan teknologi hijau mampu sumbang RM22b menjelang 2020 - PM

NAJIB diiringi Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (kiri) tiba pada Majlis Pelancaran IGEM 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. - Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Malaysia mengunjurkan perniagaan teknologi hijau mampu menyumbang lebih RM22 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 dan RM60 bilion pada 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perniagaan berkaitan juga dijangka menyumbang pelaburan dalam teknologi hijau berjumlah RM28 bilion menjelang 2020 dan RM86 bilion pada 2030.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Produk Teknologi Hijau & Eko (IGEM 2015), di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X