Jumaat, 11 September 2015 | 10:36am

5 kawasan catat IPU tidak sihat, 3 di Sarawak dan 2 di Johor

KEADAAN jerebu yang melanda di sekitar bandar Johor Bahru sejak pagi tadi menjejaskan pandangan dan merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
KEADAAN jerebu yang melanda di sekitar bandar Johor Bahru sejak pagi tadi menjejaskan pandangan dan merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

KUALA LUMPUR : Lima kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat membabitkan tiga kawasan di Sarawak dan dua di Johor setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, lima kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat pagi ini ialah Samarahan (177), Kuching (165), Sri Aman (164), Larkin Lama (111) dan Pasir Gudang (127).

Bacaan IPU bagi tiga kawasan di Sarawak itu mencatat peningkatan berbanding petang semalam iaitu Samarahan (167), Sri Aman (154), dan Kuching (146). Sementara itu, sebanyak 33 lokasi lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU di Kuala Lumpur berada pada tahap sederhana, sekitar 63 dan 76.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

- BERNAMA

Berita Harian X