Sabtu, 5 September 2015 | 11:51am

3 sami wanita rentung tokong terbakar di Setapak

ANGGOTA forensik bomba menyiasat punca kebakaran sebuah tokong di Setapak, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba
ANGGOTA forensik bomba menyiasat punca kebakaran sebuah tokong di Setapak, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

KUALA LUMPUR: Tiga sami wanita rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah tokong di Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mayat ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 60-an ditemui dalam bilik air di tokong berkenaan sejurus anggota bomba dan penyelamat berjaya memadamkan kebakaran.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.11 pagi sebelum 49 anggota dengan kekuatan sembilan jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran turut merebak ke beberapa rumah setinggan, namun bomba berjaya mengawal api seterusnya memadamkan kebakaran.

"Mayat tiga sami wanita itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat," katanya.

Berita Harian X