Isnin, 24 Ogos 2015 | 12:09pm

4 bahagian di Sarawak catat IPU tidak sihat pagi ini

KUALA LUMPUR: Kuching, Samarahan, Sarikei dan Sri Aman mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, iaitu tahap udara tidak sihat setakat jam 10 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga jam 10 pagi, hanya empat daerah di Sarawak itu yang mengalami tahap udara tidak sihat, iaitu Kuching mencatatkan bacaan IPU 118, terus meningkat berbanding semalam, Samarahan (IPU 127), Sarikei (IPU 103) dan IPU 129 dicatatkan di Sri Aman.

Sri Aman mencatatkan IPU paling tinggi hari ini, bermula dengan IPU 123 pada jam 6 pagi, dan melonjak sehingga 128 (7 dan 8 pagi), sebelum terus meningkat kepada IPU 129 pada jam 9 dan 10 pagi tadi.

Sarawak pernah dilanda keadaan berjerebu sebelum ini dengan kali terakhir sekitar bulan Ogos dan September tahun lalu.

KEADAAN jerebu di sekitar Bangunan Persekutuan Sarawak. - Foto NSTP
KEADAAN jerebu di sekitar Bangunan Persekutuan Sarawak. - Foto NSTP

Sementara itu, 32 daerah pula mencatatkan bacaan IPU sederhana, dengan Sibu mencatatkan bacaan IPU tertinggi bagi kategori berkenaan iaitu IPU 95.

Kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana tertinggi termasuk Bintulu (IPU 86); Pelabuhan Klang dan Miri (IPU 77);Labuan (IPU 75); Muar (IPU 71); Pasir Gudang (IPU 68) serta

Hanya 14 daerah dan kawasan saja mencatatkan bacaan IPU baik termasuk di Seberang Perai; Kuala Terengganu; USM; Kota bharu; Tanah Merah; Ipoh; Taiping; Tanjung Malim; Kangar dan Kuala Terengganu.

Menurut petunjuk yang dikeluarkan JAS, bacaan IPU antara 0 dan 50 dianggap sebagai tahap udara dalam keadaan baik, manakala antara 51 dan 100 tahap sederhana, 101 dan 200 tahap tidak sihat, dan antara 200 dan 300 sebagai tahap sangat tidak sihat.

Berita Harian X