Ahad, 16 Ogos 2015 | 10:41am

Najib lepaskan peserta #RunWithUs 2015 di Putrajaya

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan peserta Larian 12 kilometer '#RunWithUs 2015" di Dataran Putrajaya berhadapan Istana Kehakiman, pagi tadi. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan peserta Larian 12 kilometer '#RunWithUs 2015" di Dataran Putrajaya berhadapan Istana Kehakiman, pagi tadi. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan kira-kira 4,000 peserta #RunWithUs 2015 di Dataran Putrajaya, Presint 3 pagi tadi.

Najib tiba di Dataran Putrajaya pada 6.45 pagi dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada para peserta.

Acara berkenaan dianjurkan bersama oleh AstiRunners bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan menyumbang bakti kepada masyarakat pelari di negara ini yang berkongsi serta menyokong pengalaman AstiRunner untuk mengubah gaya hidup yang positif.

Selain kategori 5 kilometer dan 12 kilometer untuk lelaki dan wanita, larian berkenaan turut menggalakkan penyertaan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas dalam acara 5km Fun Run.

Sebaik acara pelepasan dilakukan, orang ramai mengambil peluang untuk beramah mesra, bersalaman dan berselfie dengan Perdana Menteri. -BERNAMA

Berita Harian X