Sabtu, 15 Ogos 2015 | 11:24am
GAMBAR fail, Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohamad Azlan Abdulah (tiga dari kiri), Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (dua dari kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib (kanan) sama-sama menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanan-kanak yang hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Balai Berita NSTP Ajil, 8 Ogos lalu. - Foto Aswadi Alias

Terengganu rancang buka Universiti al-Quran

INSTITUT al-Quran sedia ada di Marang, Terengganu.
INSTITUT al-Quran sedia ada di Marang, Terengganu.

KUALA NERUS: Terengganu merancang untuk mewujudkan sebuah Universiti al-Quran, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib.

Hasrat itu diyakini dapat direalisasikan kerana Terengganu sudah mempunyai asas iaitu Institut Darul Quran (IQ) yang kini dalam proses untuk dinaik taraf sebagai Kolej Universiti.

"Tempat yang sesuai sudah ada seperti Taman Ilmu di Tembila, Besut yang boleh menjadi tempat dan lokasi yang baik untuk universiti itu," katanya selepas merasmikan Karnival Mahabbah IKIMfm @i-Nelayan Kita 2015 di Dataran Permata, Seberang Takir di sini.

Ghazali berkata, idea untuk mewujudkan Universiti al-Quran telah dicetuskan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk, Seri Idris Jusoh sendiri ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu.

Katanya, beliau akan mengunjungi Idris dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk penubuhan universiti itu. - BERNAMA

Berita Harian X