Sabtu, 1 Ogos 2015 | 9:08am

Amaran ribut petir pagi ini

KUALA LUMPUR: Ribut petir yang berlaku di perairan Selat Melaka, Tioman, Layang-Layang, Reef North, Reef South, Kuching, Labuan, Palawan, Sulu dan Sulawesi dijangka berterusan hingga lewat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter.

Mengikut kenyataan berkenaan, keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sementara itu, ribut petir turut berlaku di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Labuan dan Sabah yang juga dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Keadaan yang sama menyebabkan angin kencang hingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. - BERNAMA

Berita Harian X