Selasa, 28 Julai 2015 | 4:25pm

MB Perak ucap tahniah pelantikan Zahid

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Beliau berkata, rakyat Perak gembira dan berbangga kerana Zahid menjadi anak Perak pertama yang dilantik ke jawatan itu.

"Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Hamzah Zainuddin sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Kenaikan pangkat sebagai menteri penuh adalah satu lagi pengiktirafan kepada kebolehan dan kemampuan anak Perak.

"Tahniah diucapkan kepada semua," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga berkata, adalah menjadi prerogatif kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membentuk pasukan Kabinet beliau.

Berita Harian X