Selasa, 7 Julai 2015 | 7:27am
KEADAAN rumah yang musnah dalam kebakaran.
KEADAAN rumah yang musnah dalam kebakaran.

4 sekeluarga rentung rumah terbakar di Kinabatangan

KINABATANGAN: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Lot M, dekat sini, malam tadi.

Kejadian pada kira-kira jam 11.30 malam itu berlaku ketika semua mangsa dipercayai sedang tidur dalam sebuah bilik di rumah papan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supritendan A Sahak Rahmat, berkata mangsa ialah seorang lelaki berusia 37 tahun, wanita berumur 55 tahun serta masing-masing seorang budak perempuan dan lelaki.

Katanya, mereka ditemui rentung dalam sebuah bilik tidur dipercayai terperangkap dalam api yang marak di rumah berkenaan.

Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.58 malam sebelum menghantar 12 anggota bersama sebuah jentera yang tiba jam 12.06 malam.

Operasi memadam api tamat jam 3.10 minit pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Berita Harian X