Sabtu, 4 Julai 2015 | 5:39pm
AHLI Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kiri) menyerahkan baju raya kepada Mohd Shukri Yahya di Mydin Mall, Bertam, Kepala Batas, semalam. - Foto Zulfa Mohamad
AHLI Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kiri) menyerahkan baju raya kepada Mohd Shukri Yahya di Mydin Mall, Bertam, Kepala Batas, semalam. - Foto Zulfa Mohamad

Pangkalan Butterworth: PM akan umum keputusan - Reezal

KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan keputusan berhubung cadangan pemindahan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth yang mendapat tentangan beberapa pihak.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata perbincangan mengenai perkara itu diadakan antara Perdana Menteri dengan semua pihak berkepentingan semalam.

"Bagaimanapun belum ada sebarang keputusan dibuat," katanya kepada pemberita selepas majlis Nuzul Al-Quran peringkat Kepala Batas di Masjid Al-Jamiul Badawi dekat sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Reezal Merican berkata, apa yang pasti keputusan yang bakal dibuat itu sudah tentu akan memberi perkhabaran positif serta yang terbaik dan adil kepada semua pihak terlibat.

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang turut membantah, menyarankan agar Kerajaan Persekutuan menaik taraf pangkalan itu dan tidak memindahkannya ke kawasan lain bagi memberi laluan kepada pembangunan swasta. - BERNAMA

Berita Harian X