Selasa, 21 April 2015 | 4:10pm

Muhyiddin umum RM5 juta kembang penerbitan karya asli ITBM

MUHYIDDIN beramah mesra bersama pemenang selepas Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2 di Sri Satria di sini, petang ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
MUHYIDDIN beramah mesra bersama pemenang selepas Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2 di Sri Satria di sini, petang ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) sebagai tanda sokongan kerajaan dalam memastikan kelangsungan penerbitan karya asli.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan itu untuk penganjuran pelbagai program yang dapat mengembangkan bakat penulis di negara ini termasuk Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 3.

"Saya berharap Sayembara Penulisan 3 dapat diteruskan pada tahun hadapan.

"Semoga komitmen ini berterusan oleh semua pihak demi merangsang dan menyemarakkan sastera kebangsaan, sekali gus meneruskan pembangunan intelektual untuk mengangkat pemikiran bangsa Malaysia akan datang," katanya berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2 di Sri Satria di sini, petang ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd Khair Ngadiron dan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali.

Berita Harian X