Isnin, 13 April 2015 | 12:16pm

Kenyataan Dr Mahathir keterlaluan - Hishammuddin

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Foto Asyraf Hamzah
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan kenyataan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepemimpinan negara adalah keterlaluan.

Katanya, ini kerana meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah menjelaskan segala isu berhubung pelbagai perkara termasuk pelaburan dalam 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Tun Mahathir masih terus mempersoalkan kepemimpinan kerajaan termasuk serangan terbaharu dengan tuduhan bahawa sokongan pemimpin UMNO adalah disebabkan kepentingan wang.

"Kita boleh berkata apa-apa sahaja jadi sekiranya benar cuba buktikan kenyataan itu.

"Ini bukan perkara baharu kita diserang dalam parti, perkara ini dah lama berlaku namun disebabkan kekuatan dan kesepakatan kita masih mampu berdiri teguh," katanya.

Berita Harian X