Isnin, 23 March 2015 | 7:52am
SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang menunggu di sepanjang jalan Skudai untuk menyaksikan perarakan ketibaan kenderaan khas yang membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ke Istiadat Kemahkotaan baginda sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar Johor Bahru. - Foto Yazit Razali

Rakyat keluar sambut Kemahkotaan Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Orang ramai mula membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini seawal jam 6.30 pagi tadi untuk bersama-sama meraikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang akan berlangsung kira-kira jam 10.00 pagi nanti.

Dianggarkan kira-kira 10,000 pengunjung akan menyaksikan majlis penuh bersejarah itu secara langsung menerusi skrin besar di dataran itu.

Kawalan lalu lintas oleh petugas trafik bermula seawal 6.00 pagi dengan penutupan jalan di sepanjang jalan utama perarakan di sekitar bandaraya ini.

Pelajar sekolah, agensi kerajaan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penyokong JDT mula berkumpul bagi menyaksikan acara istiadat dan perarakan.

Pengisytiharan cuti umum pada hari ini membolehkan rakyat menyaksikan istiadat dan pelbagai acara perayaan yang akan diadakan hari termasuk persembahan kebudayaan, pancaragam dan band buskers serta kompang.

Berita Harian X