Isnin, 16 Februari 2015 | 6:25pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Emporium Eraman, turut sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Datuk Badlisham Ghazali dan Pengerusi MAHB Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah melihat kerja-kerja pembaikan laluan kapal terbang semasa lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.

TPM lancar Emporium Antarabangsa ERAMAN KLIA2

SEPANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat lawatan sulungnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini.

Beliau yang tiba pada jam 3 petang tadi meluangkan masa kira-kira dua jam setengah untuk melihat kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan di lapangan terbang terbabit.

Muhyiddin juga dibawa menghadiri taklimat ringkas bersama pihak pengurusan Malaysian Airport Holding Berhad (MAHB).

Selesai taklimat itu, beliau kemudiannya membuat tinjauan mesra di sekitar KLIA2 serta bertemu dengan pengunjung, sebelum menyempurnakan perasmian Emporium Antarabangsa ERAMAN di bangunan satelit KLIA2.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai; timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi serta Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali.

Berita Harian X