Khamis, 8 Januari 2015 | 1:53pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) meluangkan masa melawat mangsa banjir, Selema Hamid yang berusia 102 tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman, baru-baru ini. - Foto Ghazali Kori

Terengganu hantar 2,000 sukarelawan ke Kelantan

DATUK Ahmad Razif Abdul Rahman (tengah) bersama sukarelawan pada Majlis Pelepasan Sukarelawan TTB ke Kelantan di pekarangan Stadium Gong Badak di sini hari ini. - Foto Mohd Syafiq Ambak
DATUK Ahmad Razif Abdul Rahman (tengah) bersama sukarelawan pada Majlis Pelepasan Sukarelawan TTB ke Kelantan di pekarangan Stadium Gong Badak di sini hari ini. - Foto Mohd Syafiq Ambak

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 2,000 sukarelawan dari negeri ini berlepas ke Kelantan dalam misi memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir di negeri itu.

Pelepasan kumpulan sukarelawan berkenaan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini hari ini.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,000 adalah belia dari seluruh negeri ini yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.

DATUK Ahmad Razif Abdul Rahman merasmikan Majlis Pelepasan Sukarelawan TTB ke Kelantan di pekarangan Stadium Gong Badak di sini hari ini. - Foto Mohd Syafiq Ambak
DATUK Ahmad Razif Abdul Rahman merasmikan Majlis Pelepasan Sukarelawan TTB ke Kelantan di pekarangan Stadium Gong Badak di sini hari ini. - Foto Mohd Syafiq Ambak

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri merangkap Timbalan Pengerusi Bencana negeri, Muhammad Pehimi Yusof, berkata sukarelawan berkenaan akan ke Gua Musang dan Kuala Krai.

Beliau berkata, sukarelawan yang mewakili pelbagai agensi kerajaan juga akan melakukan kerja pembersihan sekolah dan rumah mangsa di dua daerah berkenaan yang teruk dilanda bencana.

"Selain itu, kita juga membawa pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu Specialist (KTS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan TDM Berhad," katanya.

Berita Harian X