Rabu, 7 Januari 2015 | 1:51pm

Najib kembali bertugas hari ini

Datuk Seri Najib Razak kembali bertugas. - Foto ihsan twitter Najib
Datuk Seri Najib Razak kembali bertugas. - Foto ihsan twitter Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak kembali bertugas di pejabatnya, hari ini.

Dalam entri terbaharu akaun Twitternya sebentar tadi, Perdana Menteri berkata: "Alhamdulillah, kembali kerja hari ini."

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua termasuk rakan-rakan online yang telah berdoa bersama ucapan-ucapan supaya cepat sembuh.

Perdana Menteri sebelum ini berehat selepas terkena jangkitan E.coli ketika meninjau pusat pemindahan mangsa bencana alam itu, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib dipetik berkata, beliau akan terus memantau operasi bantuan kepada mangsa banjir dari rumahnya.

Sementara itu Pejabat Perdana Menteri dalam Twitternya baru-baru ini berkata, doktor menasihatkan Najib berehat di rumah supaya cepat sembuh dan dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.

"Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," menurut tweet itu.

Sementara itu, Najib yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet berkata, agenda utama mesyuarat hari ini banyak membincangkan isu berkaitan dengan banjir dan usaha untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Berita Harian X