Sabtu, 27 Disember 2014 | 5:21pm

Najib, MB Kelantan singgah melawat mangsa banjir di Tumpat

TUMPAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, petang ini melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang, di sini.

Kedua-dua pemimpin itu tiba di Tumpat selepas mereka melakukan tinjauan udara keadaan banjir dengan menggunakan helikopter di sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu.

Terdahulu Najib tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebelum menghadiri taklimat tertutup mengenai perkembangan banjir di Kelantan.

Turut turut dalam taklimat khas itu ialah Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan.

Berita Harian X