Sabtu, 1 November 2014 | 10:17am

5,590 graduan UTM terima ijazah, diploma

JOHOR BAHRU: Seramai 5,590 graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima ijazah dan diploma pada Majlis Konvokesyen ke-53 yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, 201 graduan menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD), 1,065 Sarjana, 2,914 Sarjana Muda, dua Diploma Lepasan Ijazah dan 1,408 Diploma.

Seramai 402 graduan antarabangsa dari 31 negara turut terbabit menerima diploma dan ijazah yang disampaikan Pro-Canselor UTM, Datuk Dr Muhammad Ridzuan Salleh dan Tan Sri Dr Yahya Awang.

Sesi pertama majlis konvokesyen itu turut menyaksikan graduan Doktor Falsafah (Matematik) termuda, Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim, 24, menerima anugerah Malaysia Book of Record.

Berita Harian X