Isnin, 13 Oktober 2014 | 2:51pm
ANTARA 318 calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membuat persediaan terakhir sebelum menjawab soalan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek, Jalan Bukit Lintang, Melaka, hari ini. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

SEBAHAGIAN daripada 157 orang calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tekun menjawab kertas ujian bertulis subjek Matematik pada tinjuan Bernama di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA

PENGETUA Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi, Ali Afandi Abdul Majid (kiri) bersama pelajar, Nurul Ayunie Azemi, Ania Mardhinah Che Abdul dan Nurul Ellya NatasyaKamrul Faizal berbincang sebelum ujian peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi pelajaran Matematik bermula. - Foto Halim Mat Ali

Lebih 450,000 calon duduki ujian bertulis PT3 hari ini

KUALA LUMPUR: Seramai 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga Khamis.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.

Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.

"Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah.

"Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon," menurut kenyataan itu.

Pelaporan pencapaian murid bagi PT3 diberikan dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F, jelas kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Harian X