Khamis, 28 Ogos 2014 | 1:28pm

Indeks Maqasid Syariah mulai Januari depan - PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata Indeks Maqasid Syariah akan diguna pakai di negara ini bermula Januari depan.

Perdana Menteri berkata indeks berkenaan bertujuan mengukur komitmen negara Islam dalam melaksanakan polisi dan prinsip berteraskan Islam.

"Menerusi indeks ini kita boleh buat pengukuran dengan negara Islam lain, ukuran untuk menilai secara objektif dan saintifik sejauh mana pencapaian sesebuah negara dalam melaksanakan tuntutan syarak yang disimpulkan melalui maqasid syariah.

"Indeks ini nanti akan menjadi satu petunjuk pencapaian bagi pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan Anugerah Masjid Malaysia 2014 di sini sebentar tadi.

Berita Harian X