X
Khamis, 28 Ogos 2014 | 12:42pm

Pegawai awam perlu contohi inovasi pentadbir terdahulu - TPM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pegawai kerajaan sekarang mencontohi semangat ahli perkhidmatan awam terdahulu yang sentiasa bersedia menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

Timbalan Perdana Menteri berkata iktibar perlu diambil daripada tokoh seperti bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Abdullah Ayub yang berkhidmat dan memimpin perkhidmatan awam dalam keadaan dan persekitaran yang serba kekurangan dan mencabar.

Beliau berkata, kerajaan ketika itu tidak mempunyai peruntukan sebesar hari ini mahu pun pelbagai kemudahan bagi membantu operasi perkhidmatan awam.

Kebijaksanaan Tun menggerakkan sumber modal insan pentadbiran kerajaan melalui gaya pengurusan dan budaya kerja berorientasi 'Hasil Segera Kualiti Terjaga' adalah satu inovasi dalam pentadbiran perkhidmatan awam.

Budaya itu adalah pendekatan yang strategik dan berhasil menyediakan landasan bagi kemajuan secara 'leaps and bounds' di dalam prestasi perkhidmatan awam.

Ia secara langsung meningkatkan keberkesanan penggubalan dan pelaksanaan dasar bagi pembangunan sosio ekonomi negara dan rakyat, kata Muhyiddin pada majlis pelancaran buku 'Tun Abdullah Ayub Riwayat Seorang Pentadbir (Ketua Setiausaha Negara 1979-1981) di sini, hari ini.

Teks ucapan Muhyiddin dibacakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Berita Harian X