Selasa, 7 Februari 2023 | 11:57pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Tiga warga asing didakwa kurung, peras ugut rakan

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pengurungan salah dan pemerasan wang RM25,000 ke atas rakan senegara di Petaling Jaya, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga asing menyatakan dihubungi rakan senegara yang mendakwa diikat serta dikurung secara salah oleh sekumpulan lelaki dan mereka meminta wang tebusan sebanyak RM25,000.

"Bertindak atas maklumat, pada hari sama, sepasukan polis membuat serbuan dan tangkapan ke atas tiga lelaki warga asing di PJ Centrestage," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, semua suspek direman empat hari hingga 9 Februari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 348 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Berita Harian X