MELAKA: Seorang anggota komando dikhuatiri lemas ketika melakukan kursus juruselam di perairan Pulau Undan, di sini, petang tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Syakirin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.31 petang sebelum menggerakkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Melaka Tengah bersama 16 anggota ke lokasi kejadian.
Katanya, anggota berkenaan, Lans Koperal Edrin Baintim, 25, sedang menjalani kursus juruselam dengan membawa bersama peralatan menyelam di perairan Pulau Undan.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan pasukan bomba.