Selasa, 5 Julai 2022 | 1:18pm
Suspek kelar isteri dan anak dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Suspek kelar isteri dan anak dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Suspek bunuh isteri, bayi bebas dadah

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan suspek dalam insiden bunuh isteri dan bayi lelakinya semalam bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata hasil ujian saringan awal air kencing yang dibuat ke atas suspek mendapati dia negatif dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan suspek kes bunuh isteri, bayi, bebas daripada pengaruh dadah. - Foto NSTP/Izz Laily Hussein
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan suspek kes bunuh isteri, bayi, bebas daripada pengaruh dadah. - Foto NSTP/Izz Laily Hussein

Beliau berkata, sehingga kini siasatan masih giat dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian itu.

Ditanya mengenai dakwaan suspek mengalami kemurungan atau tekanan hidup, Raub berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kemudian.

"Nanti saya 'update'," jawabnya ringkas.

Semalam, suspek lelaki berusia 25 tahun itu ditahan polis kira-kira 2.45 petang di kawasan Permas Jaya selepas dilaporkan melarikan diri dalam keadaan bogel sejurus insiden terbabit.

Suspek, yang bekerja sebagai pencuci kapal, direman tujuh hari bermula hari ini, disyaki membunuh isterinya, 26 tahun dan anak lelakinya, berusia tiga bulan.

Berita Harian X