Ahad, 3 Julai 2022 | 3:11pm
Anggota Bomba mengeluarkan mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - Foto BOMBA
Anggota Bomba mengeluarkan mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - Foto BOMBA

Penunggang, pembonceng maut dilanggar MPV

IPOH: Dua maut selepas sebuah motosikal bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini pagi tadi.

Dua yang maut ialah penunggang dan pembonceng motosikal, manakala empat lagi yang cedera menaiki MPV.

Mangsa maut seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Perak) berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.46 pagi berhubung kejadian itu, sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Pertembungan kenderaan dari arah bertentangan mengakibatkan dua mangsa daripada motosikal tercampak ke dalam semak dan disahkan maut oleh pegawai perubatan,

"Dua lelaki dewasa dan masing-masing seorang wanita dan kanak-kanak perempuan dalam MPV cedera," katanya.

Dua maut selepas sebuah motosikal bertembung dengan MPV di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi. - Foto BOMBA
Dua maut selepas sebuah motosikal bertembung dengan MPV di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi. - Foto BOMBA

Berita Harian X