Sabtu, 25 Jun 2022 | 8:15pm
Keadaan motosikal yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Parit Raja, Batu Pahat, hari ini. - Foto IHSAN PEMBACA
Keadaan motosikal yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Parit Raja, Batu Pahat, hari ini. - Foto IHSAN PEMBACA

Dua maut motosikal bertembung

BATU PAHAT: Dua penunggang maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas motosikal mereka bertembung di Jalan Parit Raja Darat di sini, jam 1.55 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pertembungan membabitkan motosikal ditunggang Mohamad Fauzi Boyani, 16, dari arah Parit Raja dengan motosikal ditunggang Muhammad Afiq Hussin, 20 dari arah bertentanga.

"Pertembungan menyebabkan kedua-dua penunggang maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seorang remaja berusia 17 tahun yang membonceng motosikal Mohamad Fauzi cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X