Khamis, 2 Jun 2022 | 10:41pm
Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal bertembung dengan
Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal bertembung dengan

Penunggang maut

BENTONG: Seorang penunggang motosikal maut bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 4, Jalan Bentong menghala ke Raub, kira kira 10.15 malam ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar, berkata mangsa ialah warga tempatan Muhammad Nor Izad Abdul Karim.

Beliau berkata, Muhammad Nor Izad disahkan meninggal dunia ketika dimenerima rawatan di Hospital Bentong.

Katanya, kenderaan pacuan empat roda dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 65 tahun.

"Siasatan polis mendapati kenderaan pacuan empat rodat dipercayai memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal.

"Polis juga mengesyaki pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya.

Beliau berkata, pemandu pacuan empat roda ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X