X
Isnin, 30 Mei 2022 | 1:00pm
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dalam sebuah bilik di MJC Batu Kawah dengan kesan kelar di leher, semalam. - NSTP/Melvin Joni
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dalam sebuah bilik di MJC Batu Kawah dengan kesan kelar di leher, semalam. - NSTP/Melvin Joni

Mayat wanita dengan kesan kelar di leher ditemui

PADAWAN: Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dengan kesan kelar di leher dalam sebuah bilik di MJC Batu Kawah, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata mayat mangsa berusia 35 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh anaknya perempuannya berusia lingkungan tiga tahun.

Beliau berkata, anak mangsa kemudiannya memberitahu rakan ibunya mengenai kejadian itu.

"Ketika kejadian anak mangsa menangis dan apabila pengadu bertanya kepadanya, dia membawa pengadu ke bilik mereka.

"Apabila masuk ke bilik itu pengadu mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal berkata, susulan laporan polis diterima oleh rakan mangsa kira-kira jam 4.56 petang semalam, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami luka besar di bahagian kerongkong disyaki dikelar menggunakan senjata tajam.

"Tiada kesan pecah masuk di bilik mangsa dan motif kejadian dipercayai disebabkan oleh cemburu atau samun. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita Harian X