Jumaat, 20 Mei 2022 | 5:40pm
Operasi memasuki hari kelima mencari mangsa pendaki wanita hilang yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku Simpang pulai di sini masih diteruskan dengan pencarian dibahagikan kepada lima sektor. NSTP/Ihsan Bomba
Operasi memasuki hari kelima mencari mangsa pendaki wanita hilang yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku Simpang pulai di sini masih diteruskan dengan pencarian dibahagikan kepada lima sektor. NSTP/Ihsan Bomba

Operasi mencari dua pendaki wanita yang hilang masih diteruskan

IPOH: Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku Simpang Pulai, di sini, masih diteruskan.

Ahad lalu, dua wanita dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, dihanyutkan kepala air ketika mendaki gunung berkenaan kira-kira jam 5 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata SAR yang memasuki hari kelima hari ini dibahagikan kepada lima sektor.

Katanya, SAR diteruskan pada jam 9 pagi tadi dengan melakukan pencarian di lokasi jumpa bahagian badan, dari terowong jalan ke air terjun tujuh tingkat.

"Pencarian juga dilakukan di kawasan terowong dengan menggunakan jentera berat.

"Pembahagian lain pencarian turut dilakukan dari terowong ke bawah dan di kawasan takungan air," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keseluruhan operasi hari ini dilaksanakan dengan kekuatan 69 anggota daripada pelbagai agensi.

Sebelum ini, media melaporkan pasukan penyelamatan menemukan sebelah kaki mangsa dan bahagian badan dipercayai milik seorang daripada pendaki terbabit.

Berita Harian X