X
Isnin, 25 April 2022 | 10:48am
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika operasi mencari saki baki tahanan etnik Rohingya yang masih bebas susulan kejadian lebih 500 tahanan lolos dari Depot Imigresen Sementara Relau pada awal pagi Rabu lalu. - NSTP/ LUQMAN HAKIM ZUBIR

69 lagi tahanan lolos depot imigresen diburu

ALOR SETAR: Polis kini memburu baki 69 lagi tahanan etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau di Sungai Bakap, dekat sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, berkata bilangan terkini tahanan yang masih bebas itu dikeluarkan selepas tiga lagi tahanan ditahan pihaknya.

"Kita tahan tiga lagi tahanan yang lolos dan kini, usaha mengesan baki 69 lagi tahanan sedang digerakkan.

"Operasi akan diteruskan di lokasi tertentu melalui Op Kesan yang digerakkan, membabitkan anggota dan pegawai polis dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak," katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap merusuh dan melarikan diri.

Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Berita Harian X