X
Ahad, 24 April 2022 | 2:02pm
Foto fail NSTP
Foto fail NSTP

78 lagi tahanan pelarian etnik Rohingya masih bebas

ALOR SETAR: Dua lagi tahanan pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Rabu lalu berjaya ditahan semula menjadikan jumlah tahanan yang masih bebas 78 orang.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan perkara itu dan polis terus mempergiatkan operasi mencari baki yang masih bebas setakat ini.

Operasi turut dipergiatkan oleh polis Pulau Pinang dan Perak serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dalam kejadian Rabu lalu, 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap merusuh dan melarikan diri.

Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Bagaimanapun, 450 orang berjaya ditahan semula setakat ini manakala bakinya sedang diburu polis.

Berita Harian X