Selasa, 8 Februari 2022 | 12:10am
Polis memburu dua suspek kejadian pecah rumah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada 3 Februari lalu. Gambar internet.
Polis memburu dua suspek kejadian pecah rumah di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada 3 Februari lalu. Gambar internet.

Dua suspek pecah rumah diburu

JOHOR BAHRU: Polis memburu dua suspek kejadian pecah rumah bersenjatakan pisau dan menggunakan topeng anonymous vendetta hacker di Taman Kota Masai di Pasir Gudang, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada seorang wanita berusia 38 tahun pada 3 Februari lalu.

Beliau berkata, mangsa juga didapati memuat naik kejadian yang membabitkan dua suspek itu di laman sosial Facebook (FB).

"Tindakan mengesan suspek sedang dijalankan pihak polis.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun dan denda," katanya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Hafizudin Mohamad di talian 010-4008030 atau 07-3864222.

Mengikut video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di FB, dua suspek yang bertubuh kurus, berbaju -T hitam dan berseluar pendek bergerak secara bebas di kediaman bertingkat itu kira-kira jam 3 pagi.

Malah terdapat rakaman menunjukkan mereka turut menggunakan pelitup muka berwarna hitam selain topeng anonymous vendetta hacker.

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen berikutan ia berlaku di kawasan perumahan berpagar.

Berita Harian X