Isnin, 17 Januari 2022 | 8:19pm
Polis menyiasat laporan gangguan seksual ADUN Johor. - Foto hiasan MEDKOM
Polis menyiasat laporan gangguan seksual ADUN Johor. - Foto hiasan MEDKOM

Polis siasat ganggu seksual ADUN

JOHOR BAHRU: Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, berkata pihaknya menerima laporan dakwaan salah laku ADUN terbabit, terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira 11.30 pagi tadi.

"Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana belum meneliti laporan itu.

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Mangsa yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit. BERNAMA

Berita Harian X