Khamis, 13 Januari 2022 | 7:07pm
 Foto hiasan
Foto hiasan

Polis siasat kematian OKT dalam lokap

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas kematian orang kena tuduh (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menerima maklumat kematian lelaki berusia 63 tahun itu pada jam 11 pagi tadi.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, berkata siasatan mendapati OKT adalah tahanan dari Penjara Taiping yang dituduh pada 18 April tahun lalu mengikut Seksyen 379A dan 324 Kanun Keseksaan.

"OKT ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes kelmarin sementara menunggu sebutan seterusnya esok.

"Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes ini," katanya dalam kenyataan, hari ini

Berita Harian X