Sabtu, 18 Disember 2021 | 4:48pm
Helikopter Maritim Malaysia meninjau mangsa bot karam. - Foto hiasan - Foto BERNAMA
Helikopter Maritim Malaysia meninjau mangsa bot karam. - Foto hiasan - Foto BERNAMA

Nelayan hilang, bot karam

KUANTAN: Seorang nelayan warga Myanmar hilang, manakala empat rakannya terselamat selepas bot mereka karam kira-kira dekat Kuala Kuantan, di sini semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pahang), Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud, berkata empat nelayan berusia di antara 25 dan 37 tahun diselamatkan oleh bot nelayan sekitar tempat kejadian.

Katanya, seorang lagi rakan nelayan terbabit masih belum ditemukan.

"Maritim Malaysia mula mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada 4.15 petang semalam.

"Berdasarkan laporan, bot terbabit karam akibat dipukul ombak ketika laut yang bergelora dan angin kencang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, maklumat turut disalurkan kepada nelayan tempatan dan beberapa pemilik bot lain untuk melakukan pencarian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada jam 7 malam, semalam dan disambung jam 7 pagi hari ini, membabitkan pesawat udara Maritim Malaysia.

Berita Harian X