Rabu, 15 Disember 2021 | 1:38pm
Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di tapak pasar malam Kampung Lapan di sini, malam tadi. - Foto ihsan PDRM
Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di tapak pasar malam Kampung Lapan di sini, malam tadi. - Foto ihsan PDRM

Pejalan kaki maut dirempuh MPV

MELAKA: Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di tapak pasar malam Kampung Lapan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Tan Kay Sniah, 59, maut di lokasi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Exora berusia 71 tahun hilang kawalan ketika keluar dari tempat letak kereta.

Beliau berkata, selain merempuh mangsa, MPV dipandu lelaki warga emas itu turut melanggar empat kenderaan lain termasuk lori peniaga pasar malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya.

"Ketika MPV berkenaan dipandu keluar dari tapak letak kenderaan di hadapan medan selera itu, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar mangsa dan merempuh tiga kenderaan lain," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan mati di lokasi kejadian, ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

"MPV itu kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi pemeriksaan lanjut, sementara kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Berita Harian X