Isnin, 6 Disember 2021 | 9:21pm
Seorang lelaki maut, manakala enam petugas kesihatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing. - Foto Bomba Johor

Seorang maut, 6 kakitangan Jabatan Kesihatan cedera

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut, manakala enam petugas kesihatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8 pagi berhubung kemalangan membabitkan kereta Proton Wira dan kereta Toyota Innova milik Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Katanya, lelaki berusia 50 tahun yang bekerja di kilang proses batu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala enam petugas kesihatan berusia 30 hingga 50 tahun cedera ringan.

Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu pekerja kilang terbabit hilang kawalan ke lorong bertentangan dan dirempuh kenderaan Jabatan Kesihatan.

Seorang lelaki maut, manakala enam petugas kesihatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing. - Foto Bomba Johor
Seorang lelaki maut, manakala enam petugas kesihatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing. - Foto Bomba Johor

Seorang lelaki maut, manakala enam petugas kesihatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing. - Foto Bomba Johor
Seorang lelaki maut, manakala enam petugas kesihatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing. - Foto Bomba Johor

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata mangsa, Azhar Wakeo, 50, tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala enam mangsa cedera ringan," katanya.

Berita Harian X