Isnin, 22 November 2021 | 8:52am

11 rumah hangus terbakar

TAWAU: Sekurang-kurangnya 50 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 11 rumah di Kampung Kinabutan Besar di sini, musnah terbakar hari ini.

Kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum api merebak dengan cepat dan memusnahkan beberapa lagi rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

TAWAU 22 NOVEMBER 2021. 11 rumah di Kampung Kinabutan Besar, di sini, musnah dalam kebakaran, 6.15 pagi tadi. Nstp/Abdul Rahemang Taiming.

Turut musnah lima kenderaan milik penduduk.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stphen Jr, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.23 pagi sebelum sepasukan 16 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 6.50 pagi dan tidak tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

TAWAU 22 NOVEMBER 2021. 11 rumah di Kampung Kinabutan Besar, di sini, musnah dalam kebakaran, 6.15 pagi tadi. Nstp/Abdul Rahemang Taiming.
TAWAU 22 NOVEMBER 2021. 11 rumah di Kampung Kinabutan Besar, di sini, musnah dalam kebakaran, 6.15 pagi tadi. Nstp/Abdul Rahemang Taiming.

 Sebelas rumah di Kampung Kinabutan Besar, Tawau musnah dalam kebakaran 6.15 pagi tadi. - Foto NSTP/Abdul Rahemang Taiming.

Berita Harian X