Rabu, 20 Oktober 2021 | 3:46pm
 Gambar hiasan
Gambar hiasan

2 individu ditemui mati dalam bilik

KUALA LUMPUR: Dua individu termasuk seorang wanita ditemui mati di sebuah bilik di rumah teres di Sri Semarak, dekat Wangsa Maju, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya masih menyiasat kes penemuan mayat mangsa masing-masing berusia 51 dan 50 tahun pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi, sebelum mengklasifikasikan ia sebagai kes bunuh atau mati mengejut.

"Pasukan forensik polis dan bomba berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Bomba membantu kita memasuki rumah itu kerana pintunya berkunci dari dalam.

"Maklumat lanjut termasuk hubungan dua mangsa terbabit masih dalam siasatan. Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes itu dalam masa terdekat selepas mendapat maklumat penuh," katanya kepada BH, hari ini.

Difahamkan, tiada kesan kecederaan atau darah pada mayat kedua-dua mangsa yang ditemui dalam keadaan terbaring dalam bilik rumah teres setingkat itu.

Berita Harian X