Sabtu, 6 March 2021 | 11:07pm
Rakaman gambar yang tular di media sosial seorang lelaki dipercayai terjun bangunan. - Foto tular media sosial
Rakaman gambar yang tular di media sosial seorang lelaki dipercayai terjun bangunan. - Foto tular media sosial

Lelaki terjun bangunan di Seremban

SEREMBAN: Polis mengesahkan menerima laporan seorang lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan dikatakan di Kemayan Square, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan jam 5.45 petang tadi.

"Mangsa cedera di kepala dan motif kejadian masih dalam siasatan polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk rawatan susulan.

Terdahulu, satu video berdurasi 41 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki terjun dari sebuah bangunan dan jatuh ke tong sampah di tingkat bawah bangunan itu. – BERNAMA

Berita Harian X